KUALA LUMPUR 26 AUGUST. Ringgit Malaysia . STR/ Hafiz Sohaimi

 

Mahar?Mahar merupakan termasuk dalam rukun nikah yang mana ia merupakan perkara wajib yang perlu dipenuhi. Maksud mahar dapat disimpulkan sebagai pemberian wajib dari suami kepada isteri sebagai hadiah yang tulus berkenaan dengan perkahwinan antara keduanya yang telah ditetapkan dalam al-Quran, Al-sunnah dan ijma. Maka perkara mahar ini menjadi wajib bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga kerana mahar ini termasuk dalam ajaran agama Islam. Pemberian mahar adalah sesuatu yang disyariatkan oleh ajaran agama Islam.

Mahar ini sebenarnya amalan yang berasal daripada masyarakat jahiliyyah. Pada zaman itu, mahar adalah syarat sah perkahwinan. Jadinya apabila mahar diberikan barulah perkahwinan tersebut sah disisi undang-undang. Kalau buat macam ni zaman sekarang abis tak kahwenlah  semua orang. Pada zaman ni wali iaitu ayah atau datuk, adik beradik lelaki atau sesiapa yang menjaga wanita tersebut menganggap yang mahar ini adalah hak mereka sebagai balas membesarkan wanita tersebut. Jadi pada ketika ini pemberian mahar digambarkan sebagai bayaran pembelian wanita. Pada zaman jahiliyyah ni kan martabat wanita dipandang rendah. Bilamana Islam mula tersebar, pembelian mahar ini ditukar sebagai satu pemberian dalam perkahwinan oleh bakal suami kepada bakal isteri dan khusus menjadi harta miliknya.

Saban tahun isu pemberian mahar ini sentiasa tular di media sosial, bila senyap kemudian timbul kembali isu mahal ini dalam kalangan netizen di sosial media. Dalam konteks negara kita malaysia ni bukan isu mahar yang menjadi persolannya, isu hantaran yang menjadi persoalan sebab kadar mahar di Malaysia telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Ada beberapa buah negeri sahaja yang kadar mahar tidak ditentukan seperti Perlis dan Kedah. Jadi di Malaysia orang selalu keliru dengan mahar dan hantaran. Yang wajibnya adalah mahar tetapi hantaran pulan yang seolah-olah menjadi perkara wajib dalam perkahwinan. Zaman sekarang ini pemberian hantaran ada level ye tuan-tuan dan puan-puan ikut tahap pengajian katanya. SPM rate mahar dalam 10k, degree pulak up skit ke 10k hingga 20k, Jadi kalau master Phd tak tahu la berapa. Lepas tu ikut level pekerjaan, kecantikan dan macam-macam lagilah.Walhal di dalam Islam hanya pemberian mahar sahaja yang wajib.

Jadi berapa sebenarnya nilai mahar ni?

Tiada had yang tertentu bagi sesebuah mahar. Oleh itu, ianya tiada had terendah dan juga had maksimum dalam nilaian mahar tersebut bahkan yang pastinya, semua benda yang bernilai dan mempunyai nilai untuk dijual ataupun dijadikan sewaan maka ianya boleh dijadikan mahar sama ada ianya berbentuk ‘ain (barang tersebut), hutang ataupun manfaat, sedikit atau banyaknya ia seperti kereta, ataupun RM 5,000.00, ataupun sebuah rumah, ataupun mahar dari segi mengajarkan sesuatu dari ilmu-ilmu seperti mengajarkan Al-Quran kepada isteri. 

Meskipun syarak tidak menetapkan kadar mahar namun di sana terdapat petunjuk dari Nabi SAW agar mahar ini dipermudahkan. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

Maksudnya: Sebaik-baik pernikahan adalah yang dipermudahkan maharnya.

Riwayat Ibn Hibban (4072)

 

Dalam sebuah hadith yang lain pula, dari ‘Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً

Maksudnya: Sesungguhnya, perkahwinan yang paling agung dan berkat adalah yang dipermudahkan perbelanjaannya.

Riwayat Al-Imam Ahmad (24529)

Ramai orang salah mentafsir berkaitan hadis yang pertama, dimana rata-rata menyatakan bahawa perkahwinan yang baik adalah yang murah mahalnya. walhal dalam hadis tersebut Nabi SAW menyebut perkatan “أَيْسَرُهُ” yang membawa maksud mudah bukannya murah. Cuma kita baca kembali sirah Nabi Muhammad SAW dan berapa nilai mahar yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada para isterinya. Tetapi ini bukan bermakna para wanita boleh meminta nilai yang tinggi.Renung kembali hadis di atas. Hadis tersebut menunjukkan bahawa perkahwinan yang tidak mengambil kira nilai mahal maharnya akan dikurniakan keberkatan. Mahar mahupun hantaran merupakan tanda penghargaan yang diberikan oleh pihak lelaki terhadap keluarga perempuan yang menunjukkan keikhlasan dalam menjalinkan hubungan di antara dua keluarga. Yang mana keikhlasan yang dizahirkan inilah yang akan membawa keberkatan dalam hubungan kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, disyorkan agar mas kahwin dan hantaran ini mengikut kadar kemampuan, serta adat yang munasabah. Kita kembali fokus kepada perkara yang utama adalah tujuan perkahwinan itu sendiri untuk apa? dan apakah matlamat utama dalam sesebuah perkahwinan?Matlamatnya  tidak lain, bukan untuk membangga diri nilai hantaran anak lebh tinggi dari orang lain tetapi hanyalah untuk mencari keredhaan Allah SWT  .

 

rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1777-bayan-linnas-siri-56-isu-mahar-penyelesaiannya

http://conference.kuis.edu.my/thiqah2018/images/eprosiding/1007_THIQAH2018.pdf

 

#dewanperkahwinanbangi

#sewadewanbangi

#mahardalamislam

#bccbangi