Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pemilihan tema atau konsep majlis perkahwinan merupakan perkara penting yang perlu difikirkan terlebih dahulu. Permilihan tema akan memudahkan pasangan pengantin membuat keputusan untuk menentukan pemilihana warna serta busana penggantin yang akan digayakan semasa majlisperkahwinan mereka. Pemilihan tema yang menarik sudah semestinya menyerikan dan memeriahkan hari bahagia anda. Sentuhan tema perkahwinan yang menarik dengan idea yang kreatif akan menjadi kenangan terindah setiap pasangan mempelai.

Disini ,kami kongsikan kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan tema-tema majlis perkahwinan yang popular di Malaysia

  1. TEMA TRADISIONAL

Tema perkahwinan tradisional ini sememangnya sentiasa releven sepanjang zaman. Ibarat peribahasa melayu “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas” maka pemilihan tema ini sentiasa diminati sepanjang zaman kerana ia menonjolkan seni dan adat resam Melayu.

                                                                                         (sumber : wanista.com)

Kepada bakal mempelai yang masih tercari-cari tema untuk majlis perkahwinan anda dan bosan dengan tema-tema cliche pada masa kini bolehlah kembali mengimbau nostalgia dan asal usul melayu dengan memilih tema perkahwinan tradisonal. Indahnya pelamin dengan ukiran kayu klasik ditambah lagi apabila pasangan mempelai menggayakan busana songket pasti memukau para tetamu serta mengimbau perkahwinan era dahulu.

(sumber : google images)

2) TEMA MODEN KONTEMPORARI

 

Konsep majlis perkahwinan bertemakan moden kontemporari ini menggabungkan elemen-elemen terkini seperti pemilihan warna, reka bentuk pelamin, hiasan bunga-bunga trend dan lampu. Ramai pasangan bakal pengantin memilih tema ini kerana ia menonjolkan konsep moden, trending, gah dan mewah.

 

3) TEMA FAIRY TALES

Tema ini menjadi pilihan pasangan yang ingin menzahikan impian suana majlis perkahwinan mereka ala-ala fantasi donggeng puteri-puteri zaman dahulu seperti Cindarella dan Snow white. Dekorasi castle berserta lampu dan bunga segar dan lampu menampakan lagi efek fairy tale pada majlis anda. Kepada anda yang teringin menjadi ala-ala puteri zaman dahulu seperti Cinderalla bolehlah mencuba tema ini di hari bahagia anda.

                                                                                                                                                                     ( sumber: google images)

4) TEMA INGGERIS

                                                                                   (sumber : personapengantin.my)

Konsep perkahwinan ala inggeris merupakan satu tema perkahwinan yang diminati oleh pasangan muda pada masa kini. Konsep tema ala Inggeris ini selalunya menggunakan warna-warna monokromatik supaya menampakan efek  mewah dan romantis.

 

4) TEMA PERKAHWINAN DALAM TAMAN

(Sumber: wanista.com)

Tema perkahwinan dalam taman adalah salah satu tema perkahwinan paling popular di Malaysia. Jika bijak disesuaikan dengan iklim panas di negara kita, tema ini masih sesuai untuk majlis perkahwinan indoor. Secara asasnya, hiasan bunga dan latar warna hijau memainkan peranan dalam menghidupkan tema ini.

 

7) TEMA PANTAI

(Sumber: Google Images)

Tema yang berkonsepkan pantai ini kian popular di negara kita Malaysia. Rata-rata pasangan yang memilih tema ini inginkan suasana bersifat natural dan lain dari lain maka mereka memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di tepi pantai.

#sewadewanmajlisperkahwinan #temamajlisperkahwinanterkini #sewadewanareabangiputrajayahululangat

#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewadewankajang
#sewabilikseminar
#sewabilikmeeting
#sewabilikmesyuarat
#wedding
#weddingplanner
#perkahwinan
#kendurikawin
#katering