Assalamualaikum and Hi!! Kali ini ini kami ingin kongsikan kepada anda tips pemilihan baju pengantin. Ha nak pilih baju pon kena ada tips tau. Mestilah kena ada tip supaya persalinan kita pada hari istimewa tersebut cantik dan yang paling penting selesa untuk anda. Kawen kan sekali seumur hidup, jadi mestilah kita nak busana kita cantik kan..kalau perempuan mesti dia nak jadi “the most beautiful bride in the world” kan pada hari bahagia tersebut. Jadi ianya memerlukan persiapan awal dan teliti dalam pemilihan.

Sumber : Google
- Bajet
Perkara pertama yang perlu diambil kira mestilah baget. Korang kena pastikan berapa anggaran yang korang nak spend untuk baju kawen korang. Jangan out of budget pulak sebab nanti dia akan ganggu persiapan korang yang lain..kang nanti baju penganti cantik mahal nau, tetamu plk tak cukup makan..kiki tak pon sampai berhutang semata-mata nak baju yang cantik..tak mau camtu ye uolls. Jadi, brride to be tu, prepare bajet ni awal-awal ye uolls.
2. Design
Pastikan design yg kita pilih tu selesa. Tidak terlalu ketat atau longgar sehingga menyukarkan pergerakan.Sebagai raja sehari kita bukan duduk diam dipelaminan seharian. Seluruh mata juga akan tertumpu pada kita dan setiap perincian akan diamati.Jadi keselesaan diri amat penting supaya tidak kelihatan janggal ketika bersanding. Masa ni korang kena tahu dah apa tema yang korang nak untuk majlis perkahwinan korang, nak tradisional ke, moden ke, koporat ke?. Apa-apa je la tema asalkan korang bahagia. Bila dah ada tema senanglah korang nak fikir design apa yang korang nak.
3) Size ketinggian
Size ketinggian amat main peranan dlm menentukan fashion seseorang.Jika anda seorang yg tinggi semestinya tidak menjadi masalah.Tetapi bagi mereka yg berketinggian 160cm kebawah, hindari dari memilih baju pengantin yg jatuh dipinggang kerana anda akan kelihatan lebih pendek. Elakkan juga memilih warna2 yg gelap sebaliknya pilih warna2 yg lebih lembut seperti krim dan pastel.Design yg sesuai utk si gadis bertubuh kecil adalah dress with A Line kerana akan memberi kesan pada kaki si pemakai tampak lebih panjang.
4)Saiz dan Bentuk Bandan
A) Badan Gempal Dan Tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan busana berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.
B) Badan Kurus Dan Rendah
Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan dengan menggayakan warna busana yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi seperti wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.
C) Badan Kurus Dan Tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
D) Bentuk Badan Buah Pear
Busana yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
E) Bentuk Tubuh Epal
Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.
F) Bentuk Tubuh 4 Segi Atau Brick/Rectangle
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
G) Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping
5). Warna material
Jadikan warna kulit anda sebagai rujukan utk memilih warna baju dihari penting anda.
Pada dasarnya mereka yg berkulit putih tiada masalah utk memilih apa saja warna. Tetapi jika ingin kelihatan lebih anggun pilih warna2 pastel dengn sedikit sentuhan silver atau gold yg berkilau bagi menambar seri glowing dihari berbahagia itu nanti.
Bagi si kuning langsat,warna biru, kuning, merah , hijau dan orange adalah warna yg mampu menaikkan seri anda.
Bagi yg berkulit sedikit gelap atau sawo matang elakkan menggunakan warna2 pastel kerana akan kelihatan lebih kusam. Sebaliknya jgn takut utk menggunakan warna2 terang kerana ia mampu menaikkan seri anda.
Ok itu saja tips untuk kali ini, harap dapat membantu
Ptsssssss..nak habaq ni kami di Bangi Convention Centre ada menyediakan Set busana pengantin lelaki dan perempuan, pakej sekali dengan dewan, pelamin dan catering..sangat berbaloi2. Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi staff kami.
Rujukan :
SHAUFIQ BRIDAL KOTA BHARU
#dewanperkahwinanbangi
#dewanperkahwinanputrajaya
#dewanperkahwinanselangor
#kateringperkahwinansedapbangi