Hi bakal pengantin sekalian!Bagaimanakah persiapan menuju hari bahagia anda?Checklist anda dah selesai ke belum?ke banyak yang tak settle lg? Ha yang paling penting Jurufoto dan juruvideo untuk majlis anda nanti dah ada ke?penting tu! baju dah cantik bak raja sehari, pelamin pon cantik, anda penat-penat siapkan majlis mestilah nak merakamkan saat indah majlis perkahwinan anda untuk tatapan hari tua dan anak-anak cucu nanti kan?
Jadi di sini kami nak kongsikan tips pemilihan Jurufoto dan Juruvideo yang profesional di hari bahagia anada. Pemilihan mereka ini sangatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda impikan. Jangan main ambik je asal murah je nanti anda yang menyesal sebab gambar dan video anda tidak cantik. Ha masih ingatkah ada suatu kes berkaitan juruvideo yang pernah viral tahun 2018 berikutan video yang dihasilkan super duper kreatif sampai pasangan pengantin pon jadi viral. Mungkin video nya kurang sesuai pada budaya masyarakat kita di Malaysia. haha Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips pemilihan jurufoto dan juruvideo agar anda semua berpuas hati ketika membayar dan puas hati dengan hasil kerjanya.
Rujukan :google
- Tentukan liputan majlis yang anda mahu
Penting untuk anda senaraikan majlis yang menjadi keutamaam liputan jurufoto. Sama ada mahu liputan majlis nikah sahaja atau majlis nikah dan sanding atau sanding dan bertandang. Jika anda dah tentukan maka senang nanti jurufoto mencadangkan pakej yang sesuai selari dengan kehendak anda
2. Pilih bajet yang sesuai
Bajet merupakan perkara yang perlu diutamakan. Saat ingin melangsungkan majlis perkahwinan, duit ibarat air yang mengalir, tanda disedari ia hilang mengitu sahaja. Maka untuk memilih pakej pengambaran anda perlu melihat bajet terlebih dahulu pastikan pakej yang dipilih nanti tidak lari dari bajet asal anda. Sebenarnya kualiti dan harga pakej-pakej yang ditawarkan oleh jurufoto dan juruvideo adalah seiring. Kualiti di sini adalah dari segi hasil kerja jurugambar beserta dengan pengalaman dan juga ilmu jurugambar tersebut. Seorang jurugambar yang sebenar akan meletakkan harga yang setara dengan kualiti yang dimilikinya. Jika anda mementingkan kualiti maka anda mungkin tidak kisah dengan harga yang ditawarkan.
3. Informasi dan perbandingan
Informanasi di sini adalah cari dan bandingan beberapa jurufoto atau juruvideo yang ada dan buat perbandingan dari segi kualiti, pengalaman dan harga yang ditawarkan.Sebelum memilih jurufoto pastikan anda terlebih dahulu melihat hasil kerjanya supaya nanti anda tidak menyesal. Anda boleh bersikap cerewet dalam mencari photographer yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan photographer yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka. Pilihan ditangan anda.
4.Hubungan dengan jurugambar
Hubungan dengan jurufoto juga sangat penting untuk difikirkan. Pastikan jurufoto/juruvideo yang dipilih selesa untuk anda bekerjasama. Pilihlah photographer yang sesuai, yang serasi dengan anda.
Ini adalah tips ringkas dan penting sebagai panduan anda untuk memilih jurufoto/juruvideo dihari bahagia anda. Kami di pihak Bangi Convention Centre mengucapakan selamat dan dipermudahkan urusan perkahwinan anda.
#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewabilikseminar
#tempahdewanperkahwinan