Artikel ini adalah sambungan daripada artikel minggu lepas : https://bccbangi.com/blogbcc/2018/08/07/mencari-dewan-kahwin-di-area/

5. Dinding Serap Bunyi

Kebiasaan majlis kenduri kawian pasti ada kumpulan muzik seperti band / kumpulan ghazal dan lain2… semua ini adalah untuk memeriahkan lagi majlis dan menjadi halwa telinga tetamu yang datang. Aktiviti berkaraoke atau joget lambat juga boleh dijalankan. Oleh sebab itu sangat penting untuk memastikan dinidng dewan mempunyai ‘sound proof board’ atau penyerap bunyi. Ini penting untuk memastikan majlis anda tidak hingar-bingar.

6. Buat Pemantauan Dan Siasatan

Sebelum menempah, anda boleh la membuat “site visit”. Ini penting supaya aspek2 seperti keselesaan dapat di lihat. Anda boleh pergi ke semasa majlis perkahwinan orang lain. Anda perhatikan jika ramai tetamu yang datang, adakah dewan masih dalam keadaan sejuk. Selian itu boleh di lihat hasil pengcahayaan dan susunan kerusi meja. Susunan ini adalah antara perkara penting yang akan membuatkan dewan jadi sempit atau “just nice”.

7. Menepati Bajet

Akhir sekali, pastikan harga sewaan dewan menepati bajet anda. Tidak rugi bayar lebih jika kreteria di atas dapat di penuhi. Kebiasaannya, penyelia dewan akan meminta anda membayar deposit sewaan dan deposit kebersihan. Kebersihan dewan adalah tanggungjawab anda. Jika anda meninggalkan dewan dengan keadaan yang kotor, deposit kebersihan tidak akan dipulangkan.

 

 

#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewadewankajang
#sewabilikseminar
#sewabilikmeeting
#sewabilikmesyuarat
#wedding
#weddingplanner
#perkahwinan
#kendurikawin
#katering