MENCARI DEWAN KAHWIN DI AREA BANGI, SERDANG, KAJANG DAN PUTRAJAYA…

Majlis perkahwinan adalah bertujuan untuk mengkhabarkan pada orang luar bahawa pasangan ini telah sah diijabkabulkan. Jadi jamuan makan di buat bagi tetamu yang hadir disamping meraikan mempelai…

Perlu ke buat khemah kat luar rumah (outdoor)? Bagaimana jika hujan? Apa backup plan yang ada? Jadi dewan adalah jalan selamat.

Fuhhhh..misi mencari dewan telah bermulaaaa…tajuk je dah macam pening kan? kalau betul2 cari lagi pening..yela, walaupun banyak dewan dekat sini, tapi tarikh tu adalah benda yang penting sekali..kalau nak book dewan di area Bangi, Serdang, Kajang & Putrajaya, better la book setahun sebelum tarikh perkahwinan..sebab nya dewan di area tersebut memang menjadi kegemaran ramai bakal pengantin…gitewww

Apa kemudahan yang bakal pengantin dan keluarga perlu titik beratkan dalam proses mencari dewan atau tempat menjamu makan para tetamu?

  1. Availabiliti Dewan

Tarikh perlu di pastikan terlebih dahulu bersama kedua belah pihak pengantin. Setelah itu boleh menghubungi individu yang menguruskan tempahan dewan. Pastikan dewan tersebut kekosongan pada tarikh itu sebelum membuat tempahan. Boleh menghubungi http://www.wasap.my/+60136646112 (Atika) untuk mengetahui kekosongan tarikh di Dewan BCC kami. In Shaa Allah saya boleh membantu.

  1. Saiz Dan Lokasi Dewan

Perlu untuk tuan rumah membuat senarai ringkas tetamu bagi menentukan anggaran jumlah tetamu yang akan hadir. Ini penting bagi pihak pengurusan dalam membuat budget kerusi meja dan makanan terutamanya. Lokasi dewan perlu berdekatan dengan rumah supaya memudahkan urusan ulang-alik mengangkut barang-barang dan pantauan majlis dilakukan.

Keluasan dewan juga perlu dititik beratkan. Risau jika terlalu sempit akan membuatkan tetamu berasa tidak selesa. Di BCC kami ada dewan besar yang boleh memuatkan tetamu dari 1,000 sehingga 2,000 pax dengan meja bulat, kerusi, pelamin dan station buffet dan meja pengantin.

  1. Kemudahan Asas Dewan

Sebelum anda membuat tempahan, anda perlulah membuat pemeriksaan kepada kemudahan-kemudahan asas ini.

Di BCC kami menyediakan kemudahan asas yang lengkap dan selesa. Tandas untuk lelaki dan wanita. Surau juga selesa untuk kegunaan Muslimin dan Muslimah. Selain itu, rail untuk kemudahan OKU juga kami sediakan. Bilik persalinan untuk para pengantin juga ada berdekatan dewan bagi memudahkan pengantin bersiap dan membuat final touch.

 

  1. Tempat Letak Kereta (Parking)

Untuk memastikan keselesaan tetamu anda, pastikan dewan yang anda tempah mempunyai tempat letak kereta yang luas. Ianya sangat penting bagi memastikan tetamu anda tidak berjalan jauh untuk mencari tempat letak kereta. Kami disini mempunyai lebih kurang 50++ petak parking kereta.Tiada isu disini maslah parking.